Perak Hari Ini

60 Masyarakat Orang Asli Ucap Syahadah Serentak

ULU KINTA- Seramai 60 orang masyarakat Orang Asli pelbagai suku dari Ulu Kinta telah memeluk Islam dan mengucapkan syahadah secara serentak pada hari ini.

Salah seorang masyarakat Orang Asli dari suku Semai yang mengucapkan syahadah, Apa Bengal, 71, berkata, beliau memeluk Islam adalah atas kerelaan diri dan minat terhadap Islam.


Beliau yang berasal dari Kampung Pos Dipang, Kampar berkata, beliau telah mengkaji perkara yang baik di antara agama selama 10 tahun dan Islam adalah agama yang paling diminati.

“Saya banyak bergaul apabila ada program berkaitan dengan Agama Islam, saya turut dengar ceramah serta melihat cara layanan orang Islam memang bagus.

“Saya minat, jadi dengan hati terbuka saya memeluk Islam,” katanya ketika ditemui media semasa Majlis Syahadah dan Meraikan Pengislaman Masyarakat Orang Asli Daerah Kinta di RPS Kampung Orang Asli Sri Makmur Ulu Kinta, di sini, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah hadir dan mengetuai bacaan syahadah sebanyak tiga kali dihadapan 60 orang asli dari kampung berkenaan.

Ujar Apa, sebelum beliau memeluk Islam, beliau juga telah belajar untuk berpuasa dan berjaya berpuasa sekurang-kurangnya 15 hari dalam bulan Ramadhan.

Perkampungan RPS Makmur, Ulu Kinta merupakan sebuah perkampung Orang Asli suku Temiar yang meliputi seramai 632 orang Islam dan 153 orang beragma Bahai.

Di Perak terdapat dua suku kaum terbesar iaitu Termiar dan Semai di mana jumlah keseluruhan penduduk orang asli yang beragama Islam adalah 17,051.

Melalui rekod tersebut, terdapat 264 buah perkampungan orang asli di mana sebanyak 10 surau diri jumaat (SDJ) di seluruh Perak dan sebuah Masjid di perkampungan orang asli Bawong, Sungai Siput.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");