Perak Hari Ini

Akan Selesaikan Isu Banjir Di Slim – MB Perak

SLIM RIVER: Kerajaan Perak akan menyelesaikan masalah banjir yang membelenggu masyarakat setempat di sini sejak sekian lama.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia bukanlah ‘gula-gula’ bersempena Pilihanraya Kecil (PRK) Slim sebaliknya masalah tersebut sudah lama diambil maklum oleh kerajaan sebelum ini.

“Masalah banjir di Kuala Slim lama dan kita sudah buat usaha-usaha penambahbaikan tetapi ia belum mencukupi untuk menyelesaikan masalah di situ.

“Jadi, untuk jangka masa pendek peruntukan sebanyak tidak lebih RM200,000 telah saya gunakan peruntukkan saya sendiri. Itu pun arwah Datuk Khusairi Abdul Talib sudah sebutkan sebelum ini,” katanya.

Selain itu, Ahmad Faizal berkata itu masalah banjir yang melibatkan Kampung Klah Baru, dekat sini turut mendapat perhatian kerajaan negeri.

Katanya Pejabat Tanah dan Daerah dan Jabatan Perparitan dan Saliran daerah telah menggerakkan usaha bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Kita perlu adakan kolam tadahan yang juga satu saliran ke Sungai Klah. Perkara itu memang sudah dirancang awal dan saya pun sudah melihat perkembangannya.

“Kerja-kerja penyelesaian masalah sudah mula dan untuk jangka masa pendek, kita sudah meluluskn sejumlah peruntukkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pusat Media Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri turut akan membantu masalah hak pemilikan tanah yang membelenggu penduduk di Kampung Hendra di sini.

“Semasa lawatan saya ke kampung itu hari ini, penduduk kampung ada mengutarakan masalah itu kepada sama.

“Masalah itu adalah disebabkan penduduk masih tidak memahami urusan tukar syarat pemilikan tanah yang mana tanah yang mereka duduki sekarang adalah tanah pertanian yang ditukar status kepada tanah kediaman.

“Pejabat Tanah dan Daerah Batang Padang akan menyelesaikan isu itu segera. Walau bagaimanapun saya dimaklumkan lot tanah adalah terhad. Ia hanya melibatkan 22 lot tanah,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");