Berita Hari Ini

Al Jazeera: Polis Geledah Tiga Lokasi Stesen Penyiaran

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggeledah tiga lokasi berasingan di ibu negara melibatkan stesen penyiaran Al Jazeera, Astro dan UnifiTV, berhubung siasatan kes dokumentari ‘Locked Up In Malaysia’s Lockdown’ terbitan Al Jazeera.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata PDRM telah melaksanakan tindakan waran geledah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan Mahkamah Majistret Sepang, Selangor untuk tujuan penggeledahan di tiga lokasi tersebut.

Beliau berkata tindakan pelaksanaan waran geledah ini dilakukan bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang turut membuka kertas siasatan ke atas stesen penyiaran berkenaan.

“Serbuan itu, turut merampas beberapa komputer serta dokumen dan kesemua rampasan akan dihantar ke SKMM untuk analisa lanjut,” katanya dalam kenyataan, malam tadi, lapor Bernama.

Selain itu, Huzir berkata keterangan saksi lain turut diambil ketika serbuan dilaksanakan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata hasil siasatan kes itu akan dibawa ke Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Huzir berkata PDRM menegaskan tindakan yang dilaksanakan adalah berlandaskan undang-undang dan tiada individu ataupun entiti yang akan terlepas daripada sebarang tindakan jika jelas mencabuli undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’, berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan Malaysia terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani penularan COVID-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");