Berita Hari Ini

Arab Saudi Selesai Musim Haji Dengan Jemaah Terhad Akibat COVID-19

MAKKAH: Jemaah haji semalam melakukan ibadah terakhir mereka sebagai kumpulan terkecil dalam sejarah moden berikutan tindakan kerajaan Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah bagi mengekang penularan COVID-19.

BH Online melaporkan walaupun pada awalnya Kementerian Haji hanya membenarkan 1,000 jemaah menunaikan ibadah haji, jumlahnya meningkat kepada 10,000 jemaah tetapi masih jauh lebih rendah berbanding hampir 2.5 juta jemaah dari serata dunia tahun lalu.

Kali ini, semua jemaah diwajibkan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal, ambil suhu badan, kerap menjalani saringan kesihatan dan dibekalkan batu yang disteril bagi ibadah melontar Jamrah.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata ibadah haji ketika pandemik ini memerlukan usaha berganda dalam memastikan tiada penyebaran virus berlaku dan sehingga semalam, tiada kes COVID-19 dilaporkan di tanah suci.

Individu yang ingin menunaikan haji kebiasaannya menyimpan wang dan perlu menunggu giliran menunaikan haji, tetapi tahun ini kerajaan Arab Saudi menanggung perbelanjaan semua jemaah, menyediakan makanan, penginapan hotel dan rawatan kesihatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");