Berita Hari Ini

Armada ucap tahniah kepada Syed Saddiq tubuh parti baharu

KUALA LUMPUR – Sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Armada mengucapkan tahniah kepada bekas ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketua Penerangan Armada, Mohd Shraf Mustaqim Badrul Munir berharap Ahli Parlimen Muar itu berjaya dalam mengemudi parti baharu yang bakal ditubuhkan itu.

“Selaku wakil sebuah sayap pemuda, saya positif dengan saranan Syed Saddiq sepertimana yang dipetik melalui laporan media, apa yang telah dinyatakan bekas Ketua Armada itu bahawa “pada akhirnya, anak muda tidak boleh dipandang ringan lagi. Sudah sampai masanya pada hari ini bahawa politik tidak akan dikuasai oleh orang yang sama – dikawal dan dimonopoli oleh orang tua yang sama.”

“Dari pernyataan beliau itu, diharapkan Syed Saddiq mampu teguh dalam mengemudi parti baharu tanpa keterikatan dan pengaruh dari mana-mana pemimpin ‘veteran’ sedia ada, dalam pada secara idealnya kita selaku pemimpin muda dapat membentuk suatu kematangan politik dalam kalangan masyarakat kelak untuk tidak terikut-ikut dengan politik sosok utamanya.

“Namun suatu hal yang idealis itu tetap perlu bersulam dengan realiti,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama Armada berjiwa besar sekiranya mereka akan bekerjasama pada masa depan atas nama anak muda.

Menurut Mohd Ashraf Mustaqim, Armada akan terus memperjuangkan nasib anak muda bersama ketua baharunya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.- MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");