Berita Hari Ini

Asri Janggut Jumpa Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: MOHD Asri Hamid, 42, atau dikenali Asri Janggut bertemu dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman, hari ini, susulan pendedahan beliau mengenai premis perjudian dan penjualan rokok haram di Bandar Baru Sungai Buloh.

Harian Metro melaporkan pertemuan yang berlangsung jam 3 petang itu dikongsi di laman sosial Facebook ‘Friends Of PDRM’, hari ini.

Beliau dikatakan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di bangunan Parlimen.

Pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu sebelum ini mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Pendedahannya menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia tular sejak kelmarin.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan berkata ia satu fitnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");