Berita Hari Ini

‘Belum ada bukti kukuh jangkitan kali kedua’

Belum ada bukti kukuh bahawa individu dikesan positif COVID-19 di Negeri Sembilan, kelmarin, mendapat jangkitan untuk kali kedua, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan masih menyiasat kes berkenaan dan setakat ini, tiada bukti menunjukkan individu terbabit pernah positif serta mendapat jangkitan di Indonesia.

“Kes di Negeri Sembilan itu ada sejarah perjalanan di Indonesia dan pulang ke sini pada Mei lalu.

“Mungkin sebab jarak inkubasi itu lebih panjang (melebihi 14 hari) dan ia berkemungkinan bukan dari Indonesia.

“Sehubungan itu, kita masih menyiasat kes ini untuk melihat sama ada beliau ada berhubung dengan mereka yang baru pulang dari Indonesia atau terdedah dengan kes positif,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, memang ada kemungkinan untuk seseorang individu yang positif COVID-19 boleh dijangkiti semula selepas sembuh, namun ia bergantung kepada antibodi kes berkenaan.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan memaklumkan satu kes penularan dalam negara dikesan di Negeri Sembilan membabitkan rakyat Malaysia.

Kes itu dikesan positif ketika saringan di tempat kerja, tiada sebarang gejala dan telah dihantar untuk rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");