Perak Hari Ini

Bersatu Blackout Tandingi PRK Slim ‘Cubaan Gagalkan PN’ -Ahmad Faizal

SLIM RIVER- Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan tindakan Bersatu Blackout bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bertujuan untuk menggagalkan Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata, tindakan menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut adalah tidak perlu dilakukan semata-mata untuk berlawan dan menunjukkan perbalahan sesama parti politik.

“Jika mereka terus berhasrat untuk bersama dengan Pakatan Harapan (PH), negara kita mengamalkan demokrasi, mereka berhak untuk meletakkan calon tetapi pandangan saya diwaktu kita di dalam masalah berdepan dengan wabak Covid-19, masalah di mana rakyat ramai kehadiran pekerjaan, perniagaan agak kurang.

“Saya fikir tak perlulah kita meletakkan calon semata-mata kerana nak berlawan, kita nak bertanding untuk mengimarahkan demokrasi demi untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan tidak berlaku perubahan jika meletakkan calon di DUN Slim tetapi sekadar untuk menyatakan menunjukkan perbalahan sesama kita,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Rumah Ngaji Hospital Slim River di Dewan Seri Mua’llim, Hospital Slim River, di sini, hari ini.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, pihaknya akan meletakkan calon untuk menentang calon PN dengan mendakwa keputusan tersebut dibuat selepas seorang ahli Majlis Presiden PHmenyatakan bahawa tidak akan bertanding pada PRK tersebut.

Bagaimanapun kata Ahmad Faizal, sebagai sahabat beliau syorkan kepada Marzuki untuk tidak melakukannya tetapi bekas pemimpin tersebut masih ada hak untuk membuat apa juga yang beliau nak.

Menurut Ahmad Faizal, keahlian Marzuki telah tergugur secara automatik selepas memberi sokongan kepada pihak lawan.

“Mengikut perlembagaan, mana-mana ahli daripada Bersatu berkerjasama dengan parti-parti lawan atau melakukan perkara yang berbeza dengan pendirian parti maka, keahlian mereka tergugur secara automatik.

“Beliau telah tergugur keahlian dalam parti bersatu, jadi pandangan saya apa yang beliau lakukan adalah untuk menggagalkan PN.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");