Berita Hari Ini

Caj Kuarantin Di ILA Dikurangkan Daripada RM150 Kepada RM100 – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah bersetuju mengurangkan caj kuarantin yang dikenakan di Institut Latihan Awam (ILA) daripada RM150 kepada RM100 sehari bagi setiap individu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan telah menyemak semula kadar bayaran bagi pusat kuarantin selepas terdapat aduan mengenai individu yang dikuarantin di ILA terpaksa membayar kos yang sama dengan mereka yang ditempatkan di hotel, meskipun fasiliti disediakan kurang.

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah pun bersetuju untuk beri pengurangan caj kuarantin daripada RM150 kepada RM100 bagi setiap individu. Bagaimanapun, untuk kos hotel (individu di kuarantin di hotel) RM150 adalah kekal,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, hari, lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");