Perak Hari Ini

Calon BN Fokus Pengundi Atas Pagar, Muda

TANJONG MALIM- Fokus kempen hari ke lapan adalah kepada kumpulan sasar, pengundi atas pagar iaitu pengundi muda, kata Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz.

Menurut Mohd Zaidi, beliau bertemu kumpulan ini bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak muda ini sekaligus bakal mencadangkan perkara tersebut ke peringkat pengurusan tertinggi.

Katanya, beliau juga mahu meningkatkan pendapatan golongan ini di mana rata-rata anak muda yang tinggal di kawasan ini bekerja sebagai pengusaha kebun dan lain-lain.

“Hari ini saya punya fokus kempen adalah fokus kepada kumpulan sasar iaitu kepada organisasi atau kumpulan atau orang yang berpengaruh, macam pagi tadi saya bertemu dengan beberapa orang anak muda yang mengusahakan kerja-kerja sawit genarasi ke dua.

“Jadi mereka ini ada masalah dari segi bagaimana untuk meningkatkan pendapatan kerana ladang bukan mereka punya tapi ayah mereka dan mereka hanya kait buah,” katanya kepada media hari ini.

Katanya lagi, cara berjumpa terus adalah lebih baik selepas seminggu beliau telah pergi ke tempat-tempat umum, seperti pasar, kedai-kedai makan, pasaraya dan sebagainya.

“Kita terus berjumpa dan tahu permasalahan dan sebagainya. Itu mungkin boleh mendekatkan mereka dengan calon. InshaAllah mereka akan mengundi kita.

“Kita nak tahu mereka punya masalah dan boleh cadangkan ke peringkat pengurusan felda ke peringkat tertinggi untuk dari segi mereka untuk mendapatkan pendapatan lebih selain dari kait buah sawit dan ada beberapa cadangan yang mereka syorkan iaitu ada kawasalan lapang atau tanah terbiar di kawasan felda yang mereka nak usahakan bukan berikan pemilikan tetapi sebagai macam pajak atau sewa.

“Selain daripada aktiviti tambahan untuk menjana ekonomi seperti penternakan dan pertanian macam bela kambing, lembu dan sebagainya, saya juga bertemu dengan kumpulan-kumpulan anak muda yang mengusahakan penternakan kambing, ayam, jadi mereka ini juga perlukan suntikan motivasi dan dana” katanya.

Menurut Mohd Zaidi lagi, hampir 50 peratus pengundi di kawasan tersebut adalah pengundi atas pagar.

“Yap, Kita sini ramai yang bawah 40 tahun iaitu ada 41 peratus tapi yang campur bawah 50 dekat 60 peratus. Tinggi lah. Kebanyakkannya atas pagar, mereka itu perlu kita dekatilah,” katanya.

Sementara itu tambah beliau, maklumbalas yang diterima oleh kumpulan adalah sangat baik.

“Setakat ini alhamdulillah maknanya mereka menyatakan sokongan, cuma saya maklumkan saya perlukan sokongan dan undi. Undi tu yang penting,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");