Perak Hari Ini

Cerun Runtuh Ke Cameran Highland Visual Lama, Laluan Selamat Dilalui

IPOH- Kerajaan Perak tampil menjelaskan isu viral yang melibatkan laluan Persekutuan FT 185 Simpang Pulai – Cameron Highland yang mana visual tular tersebut adalah gambar lama.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa laluan tersebut selamat untuk digunakan.

“Pihak Kerajaan Negeri ingin memaklumkan bahawa visual yang tular itu adalah gambar lama yang telah dibangkitkan semula di media sosial.

“Kerajaan negeri juga dengan ini memberi jaminan bahawa Jalan Persekutuan Ft 185 Simpang Pulai – Cameron Highland adalah selamat untuk digunakan,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan mengejut bersama pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Perak (JKR) di kawasan tersebut hari ini.

Katanya, beliau berharap rakyat lebih bertanggungjawab untuk tidak menularkan gambar-gambar atau berita tidak benar yang akan menimbulkan keresahan yang tidak sepatutnya.

Katanya lagi, pihak kerajaan negeri melalui agensi teknikal JKR telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati memang terdapat cerun yang rebak berdekatan dengan jalan berkenaan yang berpunca daripada hakisan air hujan dan keadaan muka bumi yang merupakan kawasan lembah tetapi ianya tidak seteruk seperti gambat yang tular di media sosial.

“Hasil pemerhatian, runtuhan cerun ini berlaku dicerun tambakan yang merupakan cerun tanah.

“Kerja-kerja penambahbaikan cerun telah dijalankan iaitu Tie Back Wall dan Micropile Slab di sebahagian Kawasan cerun runtuhan ini dan pemeriksaan lanjut mendapati keadaan jalan tidak mengalami sebarang mendapan atau keretakan.

“Memang pihak JKR ada membuat pemantauan gerakan tanah setiap tiga jam sekali bagi kawasan yang berisiko terhadap tanah runtuh dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau, permohonan kos sebanyak RM120 juta dibuat membaiki cerun dan akan berusaha untuk mendapatkan kelulusan secepat mungkin.

“Kita akan memastikan projek pembaikkan ini dapat di senaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) agar satu penyelesaian yang terbaik dapat dimuktamadkan.

Sementara itu, beliau juga menasihati pengguna jalan yang melalui kawasan tersebut supaya tidak berhenti dan mengambil gambar kerana kawasan tersebut adalah kawasan larangan berhenti.

“Kita berharap pengguna jalan raya supaya tidak mengambil gambar dan berhenti kerana kawasan itu adalah kawasan yang tidak dibenarkan untuk parkir, berehat, mengambil gambar dan sebagainya.

“Memang ada pegawai JKR di kawasan cerun tersebut dan saya amat bersetuju untuk meletakkan papan tanda tetapi terdahulu memang ada papan tanda, garisan berkembar dan sebagainya tetapi masyarakat masih tidak mematuhi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");