Berita Hari Ini

COVID-19: 26 Kes Baharu, Lebih 200 Kes Aktif

KUALA LUMPUR – Kes positif COVID-19 kian meningkat apabila 26 kes baharu dilaporkan hari ini membabitkan 23 kes penularan tempatan dan selebihnya kes import.

Menurut laporan Bernama,Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,175 kes, serta jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 219 kes.

Beliau menjelaskan daripada 23 kes penularan tempatan, sebanyak 20 kes melibatkan warganegara manakala tiga lagi bukan warganegara.

“Bagi kes penularan dalam negara di kalangan warga Malaysia; di Kedah, tiga kes terdiri daripada kluster baharu iaitu Kluster Sala, 10 kes Kluster Tawar dan satu kes Kluster Muda. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, satu kes saringan di tempat kerja dan satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif iaitu kes ke-8,688.

“Di Pulau Pinang terdapat dua kes saringan Kluster Tawar kerana merupakan kontak rapat kepada kes positif (kes ke-9,129) manakala di Johor dan Perlis pula masing-masing mencatatkan satu kes daripada saringan pra pembedahan,” katanya dalam kenyataan akhbar perkembangan COVID-19 hari ini.

Kes jangkitan tempatan yang melibatkan bukan warganegara pula adalah dua kes saringan tahanan yang merupakan pendatang tanpa izin di Negeri Sembilan dan satu kes saringan di tempat kerja di Kuala Lumpur.

Sementara itu, bagi tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara adalah dari Austria, Amerika Syarikat dan Vietnam, semuanya di Kuala Lumpur melibatkan dua warga Malaysia dan satu bukan warganegara.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak tiga kes telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,831 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Beliau memaklumkan sehingga kini, terdapat enam kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian kekal 125 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes), katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");