Berita Hari Ini

COVID-19: 7 zon di 4 negeri disanitasi

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus melakukan operasi sanitasi awam bagi tujuan pencegahan COVID-19 membabitkan lapan zon semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berkata, operasi itu membabitkan tujuh zon kuning dan satu zon hijau di empat negeri iaitu Sabah, Pahang, Kedah dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, operasi sanitasi awam membabitkan kerjasama anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi lain.

“Sejak 30 Mac lalu, KPKT sudah melakukan 9,682 operasi sanitasi merangkumi 134 zon.

“Sebanyak 12,862 premis sudah disanitasi yang terdiri daripada 2,699 pusat perniagaan, 5,660 bangunan kerajaan, 1,594 kawasan perumahan termasuk PPR (Projek Perumahan Awam), 2,555 tempat awam dan 354 pasar raya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");