Perak Hari Ini

COVID-19: Perak Catat Dua Kes Baharu, Libatkan Jangkitan Tempatan

IPOH: Daerah Kinta mencatatkan dua kes positif baharu jangkitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dalam satu kenyataan berkata kes tersebut merupakan kes jangkitan tempatan.

“Kedua-dua pesakit mempunyai gejala dan telah dikesan melalui aktiviti saringan ‘Influenza Like Illness (ILI) Surveillance’.

“Ianya merupakan kes jangkitan tempatan. Siasatan rapi untuk mengesan punca jangkitan sedang dijalankan.

“Pada masa yang sama, pihak JKN Perak turut menjalankan aktiviti pengesanan dan melakukan ujian saringan kepada semua kontak rapat kes,” katanya dalam satu kenyataan menerusi posting Facebook, hari ini.

Tambahnya kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 yang dikesan di mukim Ulu Kinta adalah pada 18 Jun lalu.

Menerusi infografik yang turut dikongsi bersama kenyataan JKN Perak, dipaparkan mukim yang terlibat dalam daerah Kinta ialah Ipoh dan Sungai Raia.

Dengan pertambahan dua kes tersebut menjadikan bilangan kumulatif kes positif COVID-19 di Perak adalah 266.

https://www.facebook.com/jknperak/posts/3110669362365127

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");