Berita Hari Ini

Dakwaan ATM Tidak Jaga Solat Guris Hati Warga ATM – Affendi

KUALA LUMPUR- Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang menyifatkan dakwaan yang dibuat pemilik portal Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau ‘Asri Janggut’ bahawa anggota ATM tidak menjaga solat telah mengguris hati warga ATM terutama mereka yang beragama Islam.

Beliau berkata ATM bagaimanapun, mengambil pendekatan menerima permohonan maaf Mohd Asri yang turut disiarkan di media sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia, semalam.

“Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa peka dan berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan, pendapat atau pandangan yang boleh mencetuskan sebarang polemik.

“ATM berharap agar perkara seumpama ini tidak akan berulang pada masa mendatang dan menyeru masyarakat untuk tidak membangkitkan lagi perkara ini di khalayak umum bagi menjaga keharmonian semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan polis akan mengambil keterangan Mohd Asri, 42 , dalam minggu ini selepas video yang memaparkan beliau memberi kenyataan bersifat menghina ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tular menerusi laman sosial.

Berikutan itu,  Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh Mohd Asri bahawa anggota PDRM tidak menjaga solat sebagai keterlaluan.

Peniaga burger itu menjadi perhatian masyarakat selepas mendedahkan kegiatan perjudian dan perniagaan yang dijalankan warga asing di Sungai Buloh yang didakwanya dilindungi pihak berkuasa. -Bernama

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");