Panasnya Hari Ini

DAPSY Tampal Tulisan Cina Pada Papan Tanda Jalan Sekitar Kuching

KUCHING: Tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menampal pelekat bertulisan Cina pada papan tanda jalan di sekitar bandar raya ini bermotif menghasut dan cuba mencetus ketegangan.

BH Online melaporkan Timbalan Ketua Pemuda, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman, berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana sesuatu kaum akan pantas bangkit jika bahasa, budaya dan agama kaum diperalatkan untuk tujuan politik.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, mengikut Akta Hasutan 1948, sesiapa yang cuba menghasut dengan membangkitkan isu berkenaan sehingga mencetuskan suasana tegang, konflik dan menggugat keselamatan, boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

“Pemuda PBB percaya semua rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, sayang akan bahasa dan budaya masing-masing, namun pada masa sama, semua kita harus menghormati perlembagaan dan bahasa kebangsaan.

“Semua kita harus bersikap realistik dalam perkara ini dan terus mempertahankan keharmonian kaum yang kita nikmati selama ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan DAPSY menampal pelekat tulisan Cina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan itu jelas melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967, yang menetapkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk pada papan tanda nama jalan.

“Pemuda PBB kesal dengan tindakan mereka yang bukan sahaja tidak menghormati undang-undang, melakukan vandalisme secara terang-terangan terhadap papan tanda jalan di sekitar Kuching, malah mendabik dada dengan memviralkan (menularkan) perbuatan itu di media sosial,” katanya.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit.

Sekumpulan ahli DAPSY Kuching hari ini menampal pelekat bertulisan Cina pada papan tanda jalan di beberapa lokasi di pusat bandar raya antaranya Jalan Main Bazaar, Lebuh Wayang dan Jalan Greenhill.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");