Berita Hari Ini

Dua beradik pakai ‘gelang pink’ ditahan

Dua beradik lelaki ditahan polis kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran kerana keluar dari kawasan Ambangan Height, semalam.

Kedua-duanya yang berusia 17 dan 19 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal berhampiran jalan kawasan Sekolah Rendah Ambangan Height, di sini jam 10.20 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, ketika itu pasukan pemantauan tugas Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bedong dan ternampak motosikal yang ditunggangi dua beradik itu sebelum menahannya.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan itu dijalankan, mereka didapati memakai gelang berwarna merah jambu dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Komuniti Ambangan Height untuk tindakan lanjut kerana gagal memberikan alasan munasabah ketika berada di luar rumah tanpa tujuan dan membahayakan orang lain berikutan pandemik COVID-19.

“Mereka hanya memberi alasan untuk ke rumah datuk mereka dan sudah diambil keterangan sebelum diberikan jaminan polis selepas keterangan diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan / Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Khamis lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD Secara Pentadbiran di Aman Jaya, Sungai Petani sejak Jumaat lalu sehingga satu tempoh yang akan diumumkan, membabitkan Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur di Amanjaya, Sungai Petani.

PKPD Secara Pentadbiran itu membabitkan 22,360 isi rumah merangkumi 265 rumah dan semua mereka akan disaring.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");