Berita Hari Ini

Dua pekerja restoran di Kuala Lumpur disahkan positif COVID-19 – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR:  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan dua kes jangkitan dalam negara membabitkan pekerja restoran bukan warganegara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti yang tular di laman sosial sejak semalam.

Jelasnya menerusi kenyataan media pada Ahad, terdapat dua jangkitan dikesan melibatkan pekerja restoran terbabit selepas saringan rawak di tempat kerja dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah.

“Kedua-dua kes ini adalah merupakan saringan rawak di tempat kerja oleh Pejabat Kesihatan Daerah di mana ia telah melibatkan pekerja kedai makan. Telah tular di media sosial notis penutupan kedai makan tersebut dan menimbulkan sedikit keresahan dalam kalangan pelanggan.

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan pengesanan kes secara aktif di mana siasatan lanjut dan persampelan akan diambil. Kedai makan tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan dan nyahkuman,” katanya memetik Astro Awani.

Semalam, pemilik rangkaian Restoran Ali Maju Sendirian Berhad, Datuk Jawahar Ali Taib Khan dalam satu kenyataan media berkata pihaknya akur dengan notis penutupan sementara yang dikenakan ke atas salah sebuah restoran miliknya.

Ia selepas tular di laman sosial mengenai notis penutupan salah sebuah cawangan restoran itu di Wisma Rampai di ibu negara pada sabtu.

Jelas Jawahar Ali, pengurusan restoran sentiasa peka dengan apa jua keadaan persekitaran dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 sejak melanda negara pada Mac lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");