Panasnya Hari Ini

Guan Eng Mengaku Tak Bersalah Berhubung Projek Terowong Dasar Laut

BUTTERWORTH: Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung projek terowong dasar laut dan jalan utama bernilai RM6.3 bilion, beberapa hari selepas beliau didakwa meminta rasuah berhubung projek sama.

Beliau didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua menteri di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 untuk mendapatkan rasuah RM3.3 juta untuk melantik syarikat Zarul Ahmad Mohd Zulkifli menjalankan projek itu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara Januari 2011 hingga Ogos 2017 di tingkat 28 Komtar.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda tidak lebih 5 kali ganda nilai suapan lapor FMT.

Lim, yang diwakili peguam Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, RSN Rayer dan V Vemal Arasan, mengaku tidak bersalah di depan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");