Berita Hari Ini

Harga Siling Pelitup Muka Akan Diturunkan Lagi

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan di bawah RM1.20 seunit.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata cadangan itu akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

“Sebenarnya kementerian sudah mengambil langkah menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapisan daripada RM1.50 kepada RM1.20 seunit.

“Memandangkan maklum balas daripada umum dan kita sudah melakukan perbincangan, mungkin (harga siling) diturunkan lagi di bawah RM1.20,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, lapor BH Online.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) yang meminta kerajaan supaya menyeragamkan dan menurunkan lagi harga siling pelitup muka.

Bermula 1 Ogos lalu, kerajaan mewajibkan orang awam memakai pelitup muka, khususnya ketika berada di dalam pengangkutan awam dan kawasan sesak sebagai langkah membendung wabak COVID-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");