Perak Hari Ini

Hospital Slim River Jadi Rumah Ngaji Kedua Peringkat Hospital

SLIM RIVER- Rumah Ngaji Hospital Slim merupakan rumah ngaji kedua yang diwujudkan secara rasmi di peringkat hospital di Negeri Perak selepas Hospital Tapah.

Pengarah Hospital Slim River, Dr S. Sivanandarajah merupakan individu yang menjadi tulang belakang dalam merealisasikan penubuhan rumah ngaji di peringkat hospital berkenaan di mana beliau bukan seorang yang beragama Islam.

Katanya Dr Sivanandarajah, keputusan tersebut adalah untuk memperkasakan hospital melalui cara keagamaan di mana ianya akan mentransformasikan warga hospital ke arah kebaikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Rumah Ngaji Hospital Slim River di Dewan Seri Mua’llim, Hospital Slim River, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dân Penerangan, Mohd Akmal Kamarudin; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Ahmad Saidi Mohamad Daud; Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datin Normah Hanum Ibrahim.

Rumah Ngaji ini ditubuhkan sebagai satu platform kepada semua warga kerja Hospital Slim River yang beragama Islam untuk mendalamai dan memahami Al-Quran dengan lebih baik.

Bertepatan dengan itu, penubuhan rumah ngaji juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua warga kerja Hospital Slim River yang beragama Islam akan kepentingan membaca, memahami serta mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu, penubuhan Rumah Ngaji Hospital Slim River ini juga telah mendapat kerjasama daripada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang merupakan pengasas kepada Rumah Ngaji Malaysia.


Sementara itu Ahmad Faizal ketika menyampaikan ucapan berkata, beliau begitu hormati tindakan tersebut dan memuji inisiatif dari Dr. Sivanandarajah.

“Penubuhan Rumah Ngaji ini dilihat amat bertepatan dan selari dengan hasrat membantu warga kerja Hospital Slim River, untuk mendalami dan memahami isi kandungan Al-Quran dengan lebih baik.

“Seperkara menarik yang saya ingin kongsikan dengan tuan-tuan dan puan-puan, penubuhan Rumah Ngaji di Hospital Slim River ini sebenarnya mendapat sokongan yang begitu kuat daripada Dr Siva sendiri.

“Walaupun berlainan agama, sikap keterbukaan dan toleransi beliau terhadap inisiatif yang murni ini, amat kita hargai. Bagi pihak pentadbiran kerajaan negeri, kita ucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Siva. Thank you Dr Siva for your kindness.”

Tambah Ahmad Faizal, penubuhan Rumah Ngaji Hospital Slim River ini amatlah bertepatan dalam usaha pemantapan kekuatan rohani para petugas kesihatan yang beragama Islam di sini dalam melawan pandemik Covid-19.

Sehingga kini, terdapat 82 pusat ngaji di negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");