Membawang Hari Ini

Ibu Sheila Majid Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid iaitu Datuk Paduka Saadiah Adam menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pantai, di sini, jam 4.30 pagi.

Allahyarham Saadiah, 96, meninggal dunia akibat sakit tua. Ibu kepada lapan orang cahaya mata itu tidak mempunyai sebarang penyakit, sebaliknya keadaannya semakin lemah dan kurang berselera makan, baru-baru ini.

Berita pemergian Saadiah disahkan pengurus penyanyi itu, Siti Zubaidah Salim kepada BH Online.

Siti Zubaidah berkata, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sakinah Kiara 2, Bukit Kiara, jam 10 pagi.

“Arwah meninggal dunia kerana sakit tua, tidak mempunyai sebarang penyakit dan keadaannya sihat sahaja. Cuma lemah dan kurang makan, sejak kebelakangan ini.

“Keluarga membawa arwah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Pantai pada Selasa lalu, selepas melihat keadaannya semakin uzur.

“Bagaimanapun, arwah menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarga, pagi ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");