Berita Hari Ini

‘Inilah Kebimbangan Saya’ – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: “Marilah kita belajar daripada negara lain supaya dapat mencegah daripada dilanda gelombang tsunami Covid-19 yang lebih dahsyat lagi dan inilah kebimbangan saya,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Harian Metro melaporkan menurutnya, rakyat Malaysia disaran terus patuh kepada penjarakan fizikal, kerap cuci tangan dan pakai pelitup muka.

“Kurangkan berada di tempat awam dan duduk di rumah lebih selamat.

“Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga masyarakat dan negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut berkongsi perangkaan tiga negara, iaitu Australia, Hong Kong dan Jepun yang mengalami lonjakan drastik kes Covid-19 sejak Jun lalu, walaupun berjaya mencatat penurunan ketara sebelum ini.

Malah, gelombang kedua penularan di negara terbabit menyaksikan peningkatan kes yang lebih tinggi berbanding Mac lalu.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kanak-kanak dua tahun juga tidak perlu memakai pelitup muka.

“Hal ini kerana kanak-kanak tidak pandai membuka pelitup muka kalau perlu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");