Perak Hari Ini

Isu Kerusi Rembau Akan Dibincangkan Secara Dalaman-KJ

TANJONG MALIM- Pengumuman Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkenaan hasratnya untuk bertanding di kerusi parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti akan dibincangkan secara dalaman atas semangat adik-beradik.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan akan dibuat sebaik saja perbincangan yang disifatkan bersama iaitu sebagai keluarga Rembau dilakukan.

“Ini perkara yang boleh kita bincang sebab Datuk Seri Mohamad dan saya dari Bahagian yang sama, beliau Ketua UMNO Rembau dan saya Timbalan Ketua UMNO.

“Jadi biarlah kita bincang secara adik-beradik dalam keluarga Rembau dan dalam perbincangan itu nanti bolehlah kita buat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan ziarah kasih di PDM Felda Besout 2, di sini, hari ini.

Bagaimanapun ketika disoal berkenaan tentang kesediaan beliau untuk melepaskan kerusi berkenaan, katanya perkara tersebut akan dibicang secara dalaman.

“Biarlah saya bincang dengan Datuk Seri (Mohamad) dahulu, tak perlulah kita komen di luar,” katanya.

Terdahulu, Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dipetik berkata dalam PRU akan datang dia tidak lagi bertanding di peringkat dewan undangan negeri tetapi di peringkat parlimen iaitu bagi kawasan Rembau.

Katanya juga, dia masih tidak tahu ke mana Khairy akan diletakkan pada PRU akan datang jika dia benar bertanding, namun begitu Mohamad membayangkan Khairy tidak akan dibiarkan begitu saja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");