Perak Hari Ini

Jalan Lim Bo Seng Dibuka Untuk Memory Lane

IPOH: Lebih 1,000 pengunjung mengunjungi Pasar Karat Memory Lane, di sini, pagi tadi.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan berkata pertambahan pengunjung itu susulan pembukaan Jalan Lim Bo Seng mulai hari ini.

Katanya jalan yang menjadi sebahagian daripada Memory Lane itu telah ditutup sebelum ini bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

 

Tambah kenyataan itu lagi, Pengarah Kanan Perkhidmatan dan Operasi MBI, Musa Dun turut hadir meninjau pematuhan SOP di Memory Lane.

“Mulai minggu ini MBI juga telah menyediakan konti sementara Radio MBI di lokasi untuk hebahan pematuhan SOP serta maklumat semasa kepada pengunjung,” kata Musa

Untuk rekod, Memory Lane mula dibuka sejak 19 Julai lalu sejak ditutup susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");