Perak Hari Ini

Jemputan Bersatu Sertai Muafakat Nasional Adalah Lebih Penting, Kata Ahmad Faizal

TAPAH- Pucuk pimpinan Umno dan Pas telah menjemput Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bersama-sama dalam Muafakat Nasional (MN), kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurut beliau, keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan MN adalah lebih penting walaupun rata-rata ahlinya masing-masing dengan kenyataan tersendiri mengenai gabungan tersebut.

Katanya, jika dibiarkan semua ahli bercakap maka ada banyak pandangan kerana Umno sendiri mempunyai jutaan ahli dalam kalangan Pas dan Bersatu.

“Jadi kalau kita biarkan ahli kita sesama mereka mengeluarkan kenyataan masing-masing begitulah keadaannya tetapi yang jelas ialah pucuk pimpinan Umno telahpun menjemput parti Bersatu untuk bersama dalam MN. Itu yang saya kira lebih penting di dalam satu-satu organisasi itu.

“Keputusan yang dibuat pucuk pimpinan itu adalah amat penting untuk semua ahli untuk turut sama mengikut keputusan yang dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa Majlis Pelancaran dan Penyerahan Kit Bumi Hijau Peringkat Daerah Batang Padang di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Lah, di sini, hari ini.

Kata Ahmad Faizal lagi, mungkin ada pihak yang tidak menginginkan penggabungan tersebut dibuat atas sebab-sebab tersendiri, namun secara rata-rata masyarakat lebih terbuka apabila prti Melayu bergabung sesama sendiri.

“Saya nampak ianya lebih merangsang semangat ahli-ahli di peringkat bawahan tak kira dari parti Umno, Pas dan Bersatu.

“Orang ramai secara umumnya seronok bila dengar cerita bahawa parti-parti yang mewakili kaum Melayu ini bergabung.

“Tentunya ada pihak-pihak yang tak berapa suka itu sebenarnya tidak mahukan penggabungan ini berlaku atas sebab-sebab tersendiri, mungkin atas kepentingan lain,” katanya.

Sementara itu ketika disoal berkenaan dengan pendafataran Perikatan Nasional secara rasmi, katanya ianya akan diumumkan kelak tapi beliau masih tidak pasti bila waktunya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");