Perak Hari Ini

JKN Perak Siasat Dakwaan Wanita ‘Bergelang Merah Jambu’ Makan Di Restoran

IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menjalankan siasatan atas dakwaan seorang individu memakai gelang merah jambu individu di bawah pengawasan (PUS) berkaitan kes COVID-19 berada di sebuah restoran di sini.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata pihaknya telah pun menerima aduan berkaitan dakwaan tersebut.

“Pihak JKN Perak telah menerima aduan mengenai seorang pelanggan kedai makan di Ipoh yang kelihatan memakai ‘wrisband Person Under Surveillance’ (PUS)

“Laporan polis telah dibuat dan pihak JKN Perak sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk untuk mengenal pasti individu terbabit,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons tular gambar seorang wanita memakai gelang merah jambu yang dipercayai berada di sebuah restoran di Bandaraya Ipoh.

Sebelum ini gambar seorang wanita yang memakai gelang merah jambu Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) berkaitan kes COVID-19 dan berada di sebuah kedai makan di Bandar Meru Raya, di sini mencetuskan reaksi pelbagai pihak.

Susulan itu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, laporan siasatan sudah diserah kepada pejabat pendakwaan negeri dan pengarah pendakwaan mengarahkan siasatan diteruskan JKN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");