Berita Hari Ini

Kedah tangguh aktiviti masjid, surau di 46 kariah

ALOR SETAR: Semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang terletak di 46 kariah dalam daerah Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Baling ditangguh berkuat kuasa semalam susulan penularan wabak COVID-19.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud, berkata arahan penangguhan itu adalah yang kedua seumpamanya selepas masjid dan surau di beberapa kariah di empat mukim dalam daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Secara Pentadbiran bermula 3 Ogos lalu.

Katanya, daripada 46 kariah itu 30 terletak di daerah Kuala Muda, 6 masing-masing di Kulim dan Baling; Yan (3) dan 1 di Kota Setar.

“Solat Jumaat yang diadakan di masjid dalam kariah berkenaan turut tidak dibenarkan dan digantikan dengan solat fardu zohor.

“Kebenaran solat fardu berjemaah di masjid dan surau terbabit hanya membabitkan tiga individu sahaja iaitu imam, pegawai masjid serta jawatankuasa kariah,” katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada BH.

Selain itu, aktiviti agama seperti majlis ilmu, kuliah dan kelas pengajian serta majlis bacaan Yassin turut dilarang manakala majlis akad nikah juga tidak dibenarkan selain pengurusan solat jenazah hanya dibenarkan dilaksanakan di rumah dengan kehadiran pegawai masjid dan ahli keluarga terdekat sahaja.

Pembukaan semula semua masjid dan surau berkenaan akan dimaklumkan kemudian memetik BH Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");