Perak Hari Ini

‘Kedudukan Azmin Dalam BERSATU Akan Dibincangkan’

SLIM RIVER: Kedudukan Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan dibincangkan dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu akan dibincangkan pada peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) atau mesyuarat agung luar biasa (EGM).

“Kita akan mengadakan perbincangan dalam MPT dan jika tidak salah kita bakal mengadakan persidangan EGM.

“Antara lain yang akan turut dibangkitkan ialah usul meminda perlembagaan parti bagi memastikan kita dapat menarik pemimpin-pemimpin dari kalangan bukan Melayu atau Bumiputera untuk bersama BERSATU,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pusat Media Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Semalam, Ahli Parlimen Gombak dilaporkan menjadi antara pemimpin yang mengumumkan menyertai BERSATU pada Kongres Negara di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Ibu Negara, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berpandangan senarai kepimpinan BERSATU yang diumumkan secara rasmi hari ini bagi penggal 2019 sehingga 2022 mampu memperkukuhkan lagi parti.

“Semua bersepakat untuk memberi sokongan padu kepada Presiden dan semua tidak sabar untuk memberi perkhidmatan kepada parti.

“Saya fikir parti kini menuju ke landasan yang baik dan selepas pemilihan ini BERSATU akan bertambah kukuh,” tegas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");