Perak Hari Ini

Keputusan Tak Rasmi: BN Mendahului Majoriti Besar

TANJONG MALIM- Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendahului kerusi tersebut dengan majoriti besar 9,491 undi.

Setakat jam 7.23 malam ini calon BN, Mohd Zaidi Aziz memperolehi 11,352 undi meninggalkan dua lagi calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang menggunakan lambang pokok 1,861 undi dan S.Santharasekaran dengan logo buku 242 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengesahkan setakat 3 petang, peratusan keluar mengundi ialah sebanyak 60 peratus daripada 22,749 pemilih berdaftar.

Proses pengundian PRK DUN Slim yang berlangsung dalam kebiasaan baharu akibat pandemik COVID-19 tamat pada pukul 5.30 petang ini.

Secara keseluruhan, terdapat 56 saluran di 13 pusat mengundi bagi DUN Slim termasuk saluran dan pusat mengundi awal membabitkan pengundi polis yang selesai pada 25 Ogos lepas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");