Berita Hari Ini

Kerajaan pertimbang denda berperingkat bagi kesalahan tak pakai pelitup muka

Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menerapkan sistem denda secara berperingkat terhadap pihak yang melanggar peraturan pemakaian pelitup muka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali.

“Saya ambil maklum cadangan itu dan Kementerian Kesihatan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Menteri Khas esok (hari ini).

“Saya telah berbincang dengan menteri kesihatan agar usul tersebut dapat dipertimbangkan lebih jauh dalam mesyuarat itu,” katanya seperti dipetik oleh The Star.

Noor Azmi berkata demikian sebagai respons terhadap usul yang dibawa oleh Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) di Dewan Rakyat semalam.

Yii menggesa kerajaan untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit untuk menurunkan denda berhubung kesalahan itu yang ditetapkan RM1,000 ketika ini.

Yii menunjukkan petisyen dan mendakwa bahawa anggota parlimen menyokong langkah untuk menurunkan jumlah denda.

Yii sebelum itu menyorot bahawa ada kekeliruan dalam pelaksanaan peraturan pemakaian pelitup muka dan definisi “ruang awam yang sesak”.

“Ada kes seorang wanita warga emas yang diberi kompaun bernilai RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka walaupun dia baru hendak mengambilnya dari keretanya sebelum pergi ke pasar berhampiran,” katanya.

Kata Yii, hukuman bagi kesalahan itu ketika ini tidak adil terutama bagi pelajar, orang kurang upaya dan juga golongan B40.

Dia mencadangkan sistem denda berperingkat bermula dari RM250.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");