Berita Hari Ini

Kes banglo: Aktivis politik tarik balik rayuan berhubung pembebasan Guan Eng

SEORANG aktivis politik Muhsin Abdul Latheef hari ini menfailkan notis penarikan balik rayuan Mahkamah Rayuan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi yang menggugurkan pertuduhan rasuah melibatkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Peguam Dr Shamsher Singh Thind yang mewakili aktivis politik itu berkata penarikan balik rayuan itu dibuat susulan Lim dan Phang kini sedang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Butterworth dan pihaknya berpendapat tidak perlu kes yang sama didengar lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");