Perak Hari Ini

Kibar 340 Jalur Gemilang Di Pangsapuri Semarakkan Bulan Kemerdekaan

IPOH- Kira-kira 340 Jalur Gemilang dikibarkan secara serentak pada hari ini oleh penghuni Pangsapuri Kinta Heights di sini bagi memeriahkan sambutan Kemerdekaan yang ke-63 pada bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, budaya tersebut perlu dilakukan dalam menyemarak dan memberi kesedaran mengenai kemerdekaan kepada generasi muda.

“Saya harapkan dengan adanya program ini, ianya dapat memberi peringatan kepada generasi muda bahawasanya kemerdekaan inilah yang harus kita jaga untuk kita memastikan keamanan, keharmonian dan perpaduan negara kita agar sentiasa dipelihara apabila kita menghadapi ancaman dan cabaran daripada luar.

“Program mengibarkan jalur gemilang harus kita lakukan pada bulan kemerdekaan sebagai budaya kita untuk sentiasa berbangga dengan Jalur Gemilang dan negara kita,” katanya ketika ditemui media selepas Program Mengibar Jalur Gemilang di Pangsapuri Kinta Height di sini, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin dan Penasihat Gabungan NGO Perak, Datin Normah Hanum Ibrahim.

Menurut Nolee Ashilin, kesemua 23 badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik melalui program yang dianjurkan oleh NGO Gabungan PRIHATIN bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan rukun tertangga Kinta Height berkenaan.

Katanya, program berkenaan antara yang terawal telah dilancarkan pada bulan Ogos bagi menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos akan datang.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga menyarakan supaya rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan dalam suasana meriah namun harus sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Kita menyarankan rakyat walaupun hendak menyambut kemerdekaan dalam suasana meriah tetapi jangan lupa kita harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk menjamin kesejahteraan khususnya dalam menangani Covid-19 supaya dapat diteruskan dengan baik.

“Program ini merupakan satu permulaan yang baik dan kita lihat dari segi prestasinya ada gimik mengibarkan bendera daripada semua penghuni di sini alhamdulillahh semua telah menunjukkan komitmen yang tinggi di mana mereka telah mengibarkan pada waktu yang telah disarakan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");