Berita Hari Ini
Like

Kluster Sivagangga: Dua Pelajar Sekolah Rendah Dikesan Positif COVID-19

August 2, 2020
312 Views
0 Comments
1 minute read
Kluster Sivagangga: Dua Pelajar Sekolah Rendah Dikesan Positif COVID-19

PUTRAJAYA: Dua pelajar sekolah rendah berusia tujuh dan 10 tahun disahkan positif COVID-19 pada Ahad selepas mendapat jangkitan daripada pesakit ke-8,975 dan pesakit ke-8,976 daripada Kluster Sivagangga di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut juga merekodkan 11 kes pada Ahad dan semuanya melibatkan warganegara Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham memaklumkan setakat ini sebanyak 313 orang telah disaring dan 20 daripada dikesan positif, 280 negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan ujian.

Menurutnya, daripada 20 kes yang dikesan positif, semua kes adalah aktif, tiada kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.

“Daripada 20 kes positif yang dilaporkan, sebanyak 15 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan lima kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

“Semua pesakit telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan.

“Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan aktiviti pembersihan serta nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif,” katanya. 

KKM pada 28 Julai lepas mengesahkan dua lagi kluster baharu COVID-19 dikenal pasti di Kedah dan Sarawak membabitkan sembilan individu dikesan positif.

Dr Noor Hisham berkata, kluster di Kedah dikenali sebagai Kluster Sivagangga, India membabitkan lima individu.

Manakala pada 31 Julai lepas, KKM telah menyaring sebanyak 262 orang membabitkan Kluster Sivagangga.

Daripada jumlah itu, lapan kes dikesan positif COVID-19 manakala 251 kes negatif dan tiga lagi kes menunggu keputusan lapor Astro Arena.

Komen & Pendapat

Comments are closed.