Berita Hari Ini

KP Imigresen boleh hantar pulang warga asing ‘tak dikehendaki’, kata menteri

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, kerajaan boleh menghantar mana-mana warga asing “yang tidak dikehendaki di negara ini” pulang ke negara asal mereka.

“Ketua pengarah Imigresen di bawah Seksyen 9 (Akta Imigresen) boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana warga asing yang kita rasakan tidak dikehendaki di negara ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Teresa Kok (PH-Seputeh) jika KDN akan menyiasat aduan warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir, 25, yang ditemubual dalam dokumen Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”.

katanya, pejabat Al Jazeera diserbu pihak berkuasa hari ini dan beliau ingin tahu kenapa soalannya tidak dijawab dengan baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");