Perak Hari Ini

KPDNHEP Perak Giat Jalankan Pemeriksaan Terhadap Penjualan Pelitup Muka

IPOH- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak telah menjalankan pemeriksaan keatas 1,934 buah premis bagi memastikan harga pelitup muka dijual pada kadar yang ditetapkan.

Timbalan Pengarahnya, Dottie Azlina Ismail berkata, hasil dari kesemua pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak tiga kes yang telah dikenakan kompaun ekoran daripada pelanggaran penetapan harga berkenaan.

“Berkuatkuasa pada 15 Ogos, harga siling pelitup muka tiga lapis di peringkat runcit telah diturunkan daripada RM1.50 kepada RM1 seunit, dan RM1.45 kepada 95 sen seunit bagi harga borong.

“Tiga kes tersebut telah menjual melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan dan kompaun telah dikeluarkan yang berjumlah RM2,250,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan pemeriksaan penetapan harga maksimum baharu bagi penjualan pelitup muka di AEON Mall Klebang di sini, hari ini.



Katanya, pemeriksaan yang dijalankan pada hari ini memuaskan di mana harga yang ditetapkan adalah rendah daripada harga maksimum yang telah ditetapkan.

Ujar beliau, pihak KDPNHEP juga boleh menyiasat dan menjalankan pemeriksaan terhadap penjualan pelitup muka bagi kesalahan lain.

“Kesalahan lain juga boleh disiasat jika tiada tanda harga, tiada label pada produk tersebut, sorokkan barang,  produk tiruan atau penandaan yang tidak jelas. Itu semua KDPNHEP boleh siasat.

“Kita juga memeriksa jika ada dijual tanpa kotak maksudnya bukan di dalam kotak ianya perlulah mempunyai label kerana siasatan juga boleh dijalankan jika tidak mempunyai label seperti ini,” katanya.

Menurut beliau, pengilang perlu memastikan terdapat label pada produk tersebut supaya pengguna boleh menghubungi semula pengilang.

“Jika dilihat di dalam kotak yang dijual di sini, walaupun diimport dari negara lain tetapi ada label yang ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk pengguna hubungi,” katanya.


Tambah beliau, kementerian juga menjalankan pemantauan terhadap penjualan pelitup muka secara di atas talian untuk memastikan penjual akan mematuhi harga maksimum yang ditetapkan.

“Tinjauan harga juga dibuat ke atas penjualan pelitup muka di pasar atas talian (online marketplace) utama di Malaysia.

Menurut Dottie lagi, semakan semula terhadap harga maksimum ini dibuat berasaskan perincian maklumat terkini daripada pengilang dan pengimport bagi memastikan penetapan harga yang dibuat ini adalah munasabah.

“Kementerian turut menjalankan pemantauan ke atas premis perniagaan farmasi, pasaraya, kedai serbaneka dan kedai runcit bagi melihat trend harga dan bekalan pelitup muka.

“Pemantauan juga dijalankan di peringkat pengeluaran, pengimportan dan pengedaran pelitup muka dalam negara,” katanya.

Bagaimanapun begitu jelas beliau, hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan didapati bekalan pelitup muka semakin pulih dan harga telah kembali stabil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");