Berita Hari Ini

KPN Minta Laporan Premis Jual Makanan Hidupan Liar

DENGKIL: Ketua Polis Daerah di seluruh negara diarah menyerahkan laporan mengenai kewujudan premis menjual makanan hidupan liar di kawasan masing-masing dalam tempoh sebulan ini.

BH Online melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador Abdul Hamid, berkata laporan berkenaan perlu diserahkan kepadanya sebelum 18 September ini.

Katanya, ia adalah arahan terbaharu yang dikeluarkan bagi membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) membanteras kegiatan pemburuan haram.

“Kita akan mengambil tindakan terhadap Ketua Polis Daerah yang gagal mengesan pihak menjual makanan haiwan eksotik seperti landak dan ular.

“Tidak mungkin antara 300 hingga 500 anggota sedia ada di sesebuah kawasan gagal mengesan kegiatan ini.

“Kita tidak akan mengambil tindakan sendirian, sebaliknya menjalinkan kerjasama dengan PERHILITAN,” katanya pada sidang media sempena Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membatalkan 3,500 syarat pemilikan lesen memburu.

Abdul Hamid menegaskan, penarikan semula lesen memburu itu dilakukan bagi menghentikan kegiatan pemburuan haram yang dilihat semakin berleluasa di negara ini.

“Kita keluarkan lebih 8,500 syarat memburu setakat ini dan daripada jumlah berkenaan, sebanyak 3,500 sudah dibatalkan manakala bakinya akan ditarik secara berperingkat.

“Bagaimanapun, syarat menjaga keselamatan kekal. Sekiranya individu itu ada tanah atau kebun dan mahu menjaga tanamannya daripada diganggu oleh haiwan liar, kita benarkan.

“Mereka perlu tampil ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan kebenaran khas bagi menjalankan aktiviti haiwan perosak seperti babi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");