Perak Hari Ini

Lantikan Azmin Dalam Bersatu Belum Dibincangkan Lagi- Ahmad Faizal

IPOH- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum pernah membincangkan pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai seorang daripada naib presiden parti.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merujuk kepada kenyataan beliau semasa sidang media di DUN Slim semalam yang mengatakan Bersatu bakal membincangkan pelantikan berkenaan.

Dalam kenyataan hari ini, Ahmad Faizal menafikan perlantikan tersebut telah dibincangkan, namun ianya kelak akan dibincangkan.

“Saya merujuk kepada kenyataan dalam sidang media di DUN SIlim semalam berhubung kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam saf kepimpinan Bersatu.

“Saya ingin menjelaskan di sini ketika menjawab persoalan daripada pihak media, saya telah menjelaskan bahawa apa sahaja cadangan mengenai jawatan Mohamed Azmin dalam Bersatu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Ahmad Faizal, segala perkara dan keputusan yang berkaitan dengan parti akan diperhalusi dan diperbincangkan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti

“Perkara ini tidak pernah dibincangkan sebelum ini dan saya ingin menegaskan apa juga perkara berkaitan dengan parti akan diperhalusi dan diperbincangkan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti,” katanya.

Semalam media melaporkan, Ahmad Faizal berkata perlantikan Mohamed Azmin akan dibincangkan dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang akan diadakan nanti bagi membincangkan pelbagai perkara untuk memperkukuhkan parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");