Berita Hari Ini

Lebih 100 Penduduk, Peniaga Di Napoh Akan Saman Tauke Nasi Kandar Salleh RM1 Juta

KUBANG PASU: Lebih 100 orang penduduk dan peniaga di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat secara Pentadbiran (TEMCO) khususnya di pekan Napoh akan menyaman pemilik restoran Nasi Kandar Salleh sebanyak RM1 juta.

Tindakan itu diambil sebagai langkah dalam menuntut semula kerugian yang dialami termasuk kesan terhadap psikologi penduduk selepas pemilik restoran terbabit menjadi punca ataupun kes indeks bagi Kluster PUI Sivagangga.

Menurut Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, pihaknya telah berjaya mengumpulkan lebih 100 orang individu yang mahu berbuat demikian selepas menerima nasihat peguam dalam menfailkan saman ke atas pemilik restoran terbabit.

Antaranya ialah penduduk yang tinggal di kawasan sekitar restoran, peniaga-peniaga kedai runcit, enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO),serta pemandu dan syarikat lori yang menggunakan laluan Lebuh Raya Utara Selatan melalui jalan Napoh-Changlun.

Bagaimanapun, jelas beliau, dalam memberikan bantuan khidmat guaman bagi proses memfailkan saman terbabit, keutamaan akan diberikan kepada penduduk sekitar terlebih dahulu.

Sejak beberapa hari lalu, CAKE kataya, sudah mendapatkan salinan kad pengenalan diri dan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia daripada penduduk dan peniaga yang mahu menyaman pengusaha nasi kandar berkenaan.

“Kami (jawatankuasa yang menguruskan saman) sudah mula kumpul (nama) dengan anggaran kerugian setiap seorang sebanyak RM14,000.

“Saya juga dapat panggilan ada pengusaha lori yang apa bawa barang essential (penting) terjejas disebabkan ada laluan yang ditutup. Kata mereka ada perjalanan (penghantaran barangan) yang tidak dibenarkan oleh polis. Ini menyebabkan syarikat-syarikat pengusaha lori akan turut menyaman,” katanya. kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Tambah Yusrizal, pihaknya turut menjangkakan lebih ramai pihak terutama penduduk dan peniaga khususnya yang tinggal berdekatan atau bersempadan dengan kawasan TEMCO turut akan melakukan perkara sama dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan sama, pihak CAKE turut menyambut baik keputusan hukuman yang dijatuhkan keatas pemilik restoren terbabit pada Khamis.

Hukuman itu disifatkan CAKE, dapat memberi pengajaran kepada semua orang agar tidak sewenang-wenangnya melanggar arahan kuarantin sehingga menyebabkan virus COVID-19 merebak.

Pada Khamis, pemilik restoran Nasi Kandar Salleh yang beroperasi di pekan Napoh dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000.

Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57 tahun, didapati bersalah ke atas pertuduhan mengingkari perintah pengawasan dan pemerhatian dalam tempoh kuarantin wajib pada 14 Julai lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");