Perak Hari Ini

Lelaki Ditahan Syaki Terlibat Aktiviti Pengedaran Dadah Di Ipoh Sejak Jun

IPOH: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di Bandaraya ini dan sekitarnya sejak Jun telah ditahan pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, Asisten Komisioner Lee King Chuan berkata lelaki berusia 36 tahun dan bekerja sebagai buruh itu telah ditahan di Medan Ipoh Bestari, di sini pada 12.15 pagi.

Katanya dadah jenis Heroin dianggarkan seberat 9.3 kilogram itu ditemukan dalam satu bungkusan plastik besar di bonet kereta suspek semasa ditahan hasil daripada risikan polis.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1598585109332″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Jelas beliau lagi dadah tersebut juga dianggarkan mampu digunakan kepada 6,200 penagih.

“Nilai rampasan keseluruhan dadah adalah RM120,000. Turut dirampas kereta suspek jenis Perodua Axia.

“Suspek diremah selama tujuh hari bermula 26 Ogos bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Selain itu King Chuan berkata hasil siasatan awal mendapati dadah tersebut diperoleh suspek dari negeri di Utara Semenanjung Malaysia.

Ujarnya suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan berkemungkinan terbabit dengan sindiket, namun perkara itu masih disiasat.

“Kebiasaannya aktiviti pengedaran dadah ini melibatkan aktiviti sindiket yang melibatkan beberapa individu lain dan perkara itu kita masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya lagi.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati gantung sampai mati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");