Berita Hari Ini

Letupan Beirut: Angka Korban Meningkat 113 Orang

BEIRUT: Angka korban akibat letupan di sini pada Selasa lalu meningkat kepada sekurang-kurangnya 113 orang.

Kejadian berlaku kira-kira 6 petang waktu tempatan di sebuah pelabuhan di sini.

Letupan itu menggegarkan seluruh negara dan menyebabkan penduduknya panik kerana menyangka berlaku gempa bumi.

Malah, gegaran boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Susulan kejadian, puluhan orang masih dilaporkan hilang, manakala hospital sesak dengan mangsa cedera yang mendapatkan rawatan.

“Ramai orang yang mengalami luka dan berlumuran darah di tengah jalan, dengan yang lain terbaring di atas tanah di halaman hospital,” kata Dr Antoine Qurban di luar Hospital Hotel Dieu di sini, lapor Harian Metro yang memetik AFP.

Ketika sukarelawan menumpukan kepada usaha pembersihan, rakyat Lubnan juga marah selepas letupan itu dikatakan berpunca daripada ammonium nitrat yang disimpan selama enam tahun di kawasan berhampiran penempatan yang padat.

Media sebelum ini melaporkan rakaman video menunjukkan letupan awal mengakibatkan kepulan asap tebal, api marak dan menggegarkan bangunan di ibu kota.

Pada masa sama, penduduk dilihat menjerit dan bergegas untuk menyelamatkan diri dengan keluar dari bangunan.

AFP melaporkan beberapa bangunan di sekitarnya termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri turut musnah dan mengalami kerosakan teruk.

Letupan kedua menyebabkan bola api besar berwana jingga dan menyebabkan serpihan tingkap yang pecah bertebaran ke kawasan sekitarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");