Perak Hari Ini

Lindungi Premis Haram: Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga

IPOH: Tindakan segelintir pihak berkuasa melindungi premis perniagaan haram nyata mengecewakan selain ia turut memberikan imej buruk kepada pihak berkuasa lain.

Bagi peniaga,Mat Khalid Md Daud,50, perkara sedemikian sepatutnya tidak berlaku kerana pihak berkuasa seharusnya menjalankan amanah dengan baik.

“Ia ibarat ‘akibat nila setitik, rosak susu sebelanga’. Disebabkan segelintir lain yang bermasalah, pihak berkuasa yang beramanah turut terkena tempias

“Ia mungkin akan memburukkan imej pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui PerakToday, di sini, hari ini.

Ia turut senada dengan Khairil Anwar Mohd Isa, 48 , yang menyifatkan pihak tertinggi pihak berkuasa perlu bertindak segera bagi meningkatkan imej pihak berkuasa.

“Tidak semua yang berkelakuan sedemikian tetapi sekiranya badan tertinggi pihak berkuasa tidak berbuat sesuatu, ianya akan bertambah buruk.

“Ia bukan lagi ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’ akan tetapi ‘akibat nila setimba, rosak susu setempayan’.

“Jika golongan yang tidak beramanah makin bertambah ini, kepercayaan rakyat terhadap pihak berkuasa bakal memberi kesan tidak baik,” katanya yang juga merupakan seorang penjawat awam.

Siang tadi dilaporkan Empat anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman tujuh hari berkaitan siasatan kes menerima dan mengutip rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Isu berkenaan menjadi hangat apabila baru-baru ini tular dua klip video menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");