Sukan Hari Ini

‘Malaysia Berjaya’ Ganti ‘Visit Malaysia’ Pada Jersi Cardiff City

KUALA LUMPUR: Slogan “Malaysia Berjaya” akan menggantikan “Visit Malaysia” (Lawat Malaysia) di bahagian hadapan jersi Cardiff City untuk musim 2020-21 Liga Kejuaraan Inggeris.

BH Online melaporkan Pemilik Cardiff City Tan Sri Vincent Tan berkata, matlamatnya tetap sama iaitu menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian yang popular.

“Malaysia Berjaya” mempromosi negara dan pada masa sama Kumpulan Berjaya yang ditubuhkan Vincent.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya seorang patriot dan Malaysia akan sentiasa menjadi keutamaan saya.

“Saya sentiasa terbuka kepada idea dan kerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mempromosi negara.

“Sepanjang 10 tahun bersama Cardiff, saya menerima penajaan bernilai RM15 juta pada musim 2013-14 ketika Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menjadi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,” kata Vincent.

Pada musim itu jersi Cardiff City mula menampilkan slogan “Visit Malaysia”.

Menurut Vincent, bahagian hadapan jersi adalah ruang paling eksklusif buat penaja dan ia memberikan pendedahan buat jenama yang tertera.

“Tetapi kerana cinta saya terhadap negara, saya sentiasa menyimpan ruang eksklusif itu untuk Malaysia.

“Bermula musim depan, slogan ‘Malaysia Berjaya’ akan digunakan. Ia bukan saja melambangkan sifat patriotik saya tetapi juga sentimen saya (sebagai pengasas Kumpulan Berjaya),” katanya.

Cardiff City akan memulakan saingan Liga Kejuaraan Inggeris pada 12 September ini menentang Sheffield Wednesday.

Musim lalu Cardiff menamatkan saingan di tangga kelima dengan 73 mata daripada 46 perlawanan.

Namun ketika playoff untuk merebut tempat ke Liga Perdana Inggeris, Cardiff tewas 3-2 secara agregat di tangan Fulham.

Selain Cardiff City, Vincet turut memiliki kelab divisyen satu Belgium, KV Kortijk, yang menandatangani penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin untuk tempoh lima tahun pada 6 Ogos lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");