Berita Hari Ini

Malaysia salur bantuan kepada Lubnan

Malaysia bersetuju menyalurkan bantuan kepada Lubnan susulan insiden letupan dahsyat di sebuah gudang di pelabuhan di ibu negara, Beirut, kelmarin.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata jenis bantuan akan diputuskan dan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.

“Perdana Menteri bersetuju untuk kita salurkan bantuan kepada Lubnan dan serahkan kepada kementerian ini untuk memberikan sumbangan yang terbaik.

“Saya juga diminta untuk sampaikan laporan kepada Perdana Menteri malam ini berkait apa bentuk sumbangan kita untuk disalurkan kepada Lubnan,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pihaknya sudah berhubung dengan perwakilan Malaysia di Lubnan bagi mendapatkan maklumat bantuan yang diperlukan negara terbabit.

“Lebih baik kita mendapatkan maklumat daripada mereka yang berada di sana dan mendapat maklum balas daripada pihak Lubnan sendiri. Kita juga ada anggota tentera dan ini sedang diuruskan,” katanya.

Selasa lalu, media melaporkan Beirut digegarkan dengan letupan berpunca daripada nyalaan api yang membakar 2,750 gas ammonium nitrat yang disimpan dalam gudang di pelabuhan berkenaan.

Insiden itu meragut lebih 130 nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 5,000 orang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");