Perak Hari Ini

Masyarakat Perlu Sensitif Dengan ‘Tag Pink’

SLIM RIVER- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihati orang ramai supaya sentiasa sensitif dengan perkara berkaitan dengan wabak Covid-19 terutamanya berkaitan dengan gelang merah jambu.

Katanya, isu tersebut perlu diambil berat selepas tular gambar seorang wanita memakai gelang merah jambu didakwa sebagai individu di bawah pengawasan (PUS) makan di sebuah restoran dikatakan di Fair Park.

”Kita dapati ada lagi satu kes yang diviralkan di laman sosial mengatakan seorang Pesakit Bawah Siasatan (PUI) mungkin berada dalam isolasi barada di restoran dan makan di luar.

“Setelah disiasat, beliau ini baru pulang dari taman tema tetapi masih belum membuka tag tersebut, jadi mendatangkan kegelisahan di kalangan orang ramai.

“Perkara ini juga perlu kita mengambil berat dan jangan semata-mata kerana kita nak jaga penjarakan sosial dan sebagainya tetapi dalam keadaan sensitif sekarang ini semua perkara perlu kita jaga,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Rumah Ngaji Hospital Slim River di Dewan Seri Mua’llim, Hospital Slim River, di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Faizal, jika ada mana-mana individu yang memakai gelang berwarna merah jambu adalah lebih baik untuk ditanggalkan jika berada di kawasan awam.

“Apabila kita ada tag dari taman tema yang berwarna merah jambu atau pink bukalah sebelum kita ke tempat lain kerana baru-baru ini kita dapati ada lagi satu kes yang diviralkan di laman sosial,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz menjelaskan, selepas meneliti kamera litar tertutup (CCTV) restoran didapati pelanggan berkenaan bukan memakai gelang merah jambu berkenaan, tetapi gelang ‘tag’ masuk ke sebuah taman tema.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");