Perak Hari Ini

Menjelang PRK Slim: JBPM Perak Akan Lakukan Sanitasi

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan mengesyorkan pemilik hotel, dan tempat penginapan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim melalukan kerja-kerja sanitasi menjalang Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 29 Ogos.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata antara kawasan terlibat ialah di Tanjung Malim, Slim River dan Bidor.

“Pada minggu hadapan JBPM Perak akan menggerakkan pasukan kita untuk memberi nasihat kepada semua pemilik premis penginapan di kawasan Tanjung Malim, Slim River dan Bidor untuk dilaksanakan kerja-kerja sanitasi.

“Kita juga akan mengajar mereka bagaimana melakukan proses sanitasi tersebut.

“Kita jangka dan yakin apabila PRK Slim akan berlaku, pastinya kawasan-kawasan itu akan menjadi tumpuan bagi mereka yang melakukan peranan masing-masing,” katanya.

Tambah beliau selain inap desa atau homestay, JBPM Perak turut akan menyasarkan kesemua kedai makan yang berada di kawasan terlibat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Korban anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Perak bersama Nation of Women (NOW) di Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, di sini, hari ini.

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan menetapkan 29 Ogos sebagai tarikh PRK DUN Slim susulan kematian penyandang, Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib dari Barisan Nasional (BN) pada 15 Julai lalu.

15 Ogos ditetapkan sebagai penamaan calon sementara 25 Ogos tarikh mengundi awal.

Dilaporkan Seramai 23,094 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");