Panasnya Hari Ini

MN Teliti Pinda Piagam Sebelum Terima BERSATU – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional (MN) secara prinsip bersetuju menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bersama UMNO dan PAS dalam gabungan itu.

BH Online melaporkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata ketika ini, MN hanya sedang meneliti beberapa perkara seperti keperluan meminda piagam dan mengadakan perjanjian persefahaman bagi membolehkan BERSATU menyertai gabungan itu secara rasmi.

Dengan penyertaan BERSATU itu, katanya, MN bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) akan menjadi satu gabungan besar atau ‘grand coalition’ yang mendokong kerajaan digelar Perikatan Nasional (PN).

“Sebelum ini, kita tawarkan BERSATU sertai MN, kemudian kita diberitahu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden BERSATU) yang memaklumkan dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen BN sebelum ini bahawa BERSATU sedia bersetuju menerima tawaran itu secara lisan.

“Kemudian, tiga hari lalu, MN hantar nota ditandatangani Presiden UMNO dan PAS menjemput secara rasmi BERSATU menyertai gabungan ini dan semalam, Muhyiddin maklumkan secara rasmi mereka bersetuju menyertai MN.

“Langkah selanjutnya ialah kita kena teliti piagam MN kerana sebelum ini ia hanya babitkan UMNO dan PAS, selain ada perjanjian persefahaman hitam putih antara UMNO dan PAS, dengan BERSATU belum ada. Yang penting, proses ini berlaku secara berperingkat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU semalam, bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu bersetuju menyertai MN yang mendokong PN sebagai gabungan besar atau ‘the grand coalition’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");