Berita Hari Ini

Mufti Perak Dikejarkan Ke Hospital

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, dikejarkan untuk rawatan kecemasan di sebuah hospital swasta di sini, akibat serangan strok selepas solat Subuh, pagi tadi.

Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin, yang mengesahkan kejadian itu, berkata berdasarkan maklumat disalurkan Jabatan Mufti Perak, Harussani masih lagi dalam pemantauan rapi hospital berkenaan.

“Saya meminta seluruh rakyat Perak dan rakyat negara ini, mendoakan kesejahteraan Tan Sri Mufti yang kita sayangi.

“Kita berdoa agar beliau segera sembuh kerana khidmatnya masih diperlukan di negeri ini,” katanya ketika dihubungi media, lapor BH Online

Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Antara jawatan disandang termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam; Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran; Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");