Panasnya Hari Ini

Muhyiddin akan umum logo PN

KUALA LUMPUR: Logo dan butiran lanjut berhubung Perikatan Nasional (PN) akan diumumkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam tempoh terdekat.

Menteri Kanan (Perdagangan dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menjelaskan semua keperluan pendaftaran sudah dipenuhi, justeru PN mendapat pengesahan RoS.

“Ya, PN sudah didaftarkan dengan RoS, kita sudah kemukakan semua keperluan dan syarat-syarat pendaftaran, termasuk logo serta perkara lain.

“Saya kira PM (Perdana Menteri) akan buat pengumuman dalam tempoh terdekat berhubung perkembangan pendaftaran PN,” katanya pada sidang media menghadiri Kongres Negara 2020, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini lapor BH Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");