Membawang Hari Ini

Nourul Depp Jelik Terima Panggilan Video Melanc*p Ketika Bersenam… “Eloklah Tu, Tunjuk Anu Sendiri!”

Penyanyi Nourul Depp geram dengan tindakan melampau seorang lelaki yang membuat panggilan video lucah baru-baru ini.

Nourul ketika itu sedang bersenam di dalam sebuah gimnasium memberitahu itu bukan kali pertama individu berkenaan berkelakuan tidak senonoh dengannya.

“Kita tengah live ni, tengoklah dia tengah buat apa. Semua rakyat Malaysia tengoklah!

“Nampak tak orang jahat? Eloklah tunjuk anu sendiri.. tak malu pula tu dia tak berhenti. Maaflah terpaksa tunjuk,” kata Nourul dalam sesi siaran langsung terbabit.

Kata Norul, aksi tidak bermaruah itu membabitkan kebanyakannya dalam kalangan remaja lelaki Melayu.

“Duk tunjuk anu sendiri tu Islam ke? Itulah penyakit orang kita. Bila kita tegur tak boleh.

“Dah jadi satu penyakit, ramai yang macam itu. Ingat kita ni apa, suka letak kita bawah tapak kaki mereka.

“Yang sedihnya anak-anak muda, kasihan kalau mak bapa tahu,” tambahnya.

Nourul berpendapat, situasi pandemik menyebabkan segelintir individu melepaskan tekanan melalui cara sedemikian.

“Sebab COVID-19 ramai susah hati, tertekan sampai buat kerja tak senonoh.

“Banyak artis lain pun terima panggilan video sebegini. Artis bertudung pun ada. Ini kenyataan di negara kita!” katanya.

Nourul turut mendedahkan nombor telefon individu berkenaan di ruangan kapsyen video terbabit sebagai pengajaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");